PT3 - BM Bahagian C (contoh karangan)
Berjimat-cermat merupakan amalan murni yang harus dibudayakan dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Arahan: Bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk berjimat-cermat. Pada era moden ini,amalan berjimat-cermat di Malaysia semakin pudar. Rakyat Malaysia kini lebih gemar untuk membeli apa-apa sahaja barang secara sesuka hati. Jadi,terdapat pelbagai langkah bagi membudayakan amalan berjimat-cermat ini. Salah satu langkah yang boleh diketengahkan oleh pihak kerajaan sendiri adalah dengan mengadakan ceramah atau kempen mengenai "Kebaikan Berjimat-Cermat ". Ceramah tersebut bolehlah diadakan di pusat-pusat beli-belah atau di kawasan perumahan. Apabila langkah sebegini dijalankan oleh pihak-pihak tertentu bagi mengajak rakyat Malaysia membudayakan sikap berjimat-cermat,mereka yang masih belum membuka mata mengenai kebaikan atau kelebihan berjimat-cermat akan sedar mengenainya. Pihak kerajaan juga haruslah kompeten dalam mengadakan kegiatan i