PT3 - BM Bahagian C (contoh karangan)

Berjimat-cermat merupakan amalan murni yang harus dibudayakan dalam kehidupan masyarakat Malaysia.

Arahan: Bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk berjimat-cermat.


          Pada era moden ini,amalan berjimat-cermat di Malaysia semakin pudar. Rakyat Malaysia kini lebih gemar untuk membeli apa-apa sahaja barang secara sesuka hati. Jadi,terdapat pelbagai langkah bagi membudayakan amalan berjimat-cermat ini.

          Salah satu langkah yang boleh diketengahkan oleh pihak kerajaan sendiri adalah dengan mengadakan ceramah atau kempen mengenai "Kebaikan Berjimat-Cermat ". Ceramah tersebut bolehlah diadakan di pusat-pusat beli-belah atau di kawasan perumahan. Apabila langkah sebegini dijalankan oleh pihak-pihak tertentu bagi mengajak rakyat Malaysia membudayakan sikap berjimat-cermat,mereka yang masih belum membuka mata mengenai kebaikan atau kelebihan berjimat-cermat akan sedar mengenainya. Pihak kerajaan juga haruslah kompeten dalam mengadakan kegiatan ini.

          Bukan pihak kerajaan sahaja yang harus memainkan peranan,rakyat Malaysia seperti kita juga seharusnya berfikir mengenai perkara ini. Kita bolehlah berperanan sebagai pengguna yang bijak dalam berbelanja. Membuat senarai barang di dalam satu kertas bolehlah dilakukan supaya kita dapat mengetahui barang-barang yang harus dibeli. Harus ditekankan dalam hal sebegini kerana barang yang disenaraikan itu haruslah yang perlu sahaja supaya kita dapat mengelakkan pembaziran.

          Akhir sekali,tidak terlepas juga peranan guru-guru di sekolah kepada pelajar-pelajarnya. Tidak kiralah subjek apa sekalipun yang guru tersebut ajari sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris misalnya,peranan guru adalah menerapkan kebaikan-kebaikan berjimat-cermat kepada pelajar. Guru-guru bolehlah  mengambil beberapa minit untuk memberitahu para pelajar mengenai pembudayaan berjimat-cermat di negara kita ini. Murid-murid pasti akan lebih memahami sedikit demi sedikit supaya dari peringkat awal lagi ia dipelajari. Langkah ini tidak asing seperti peribahasa 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Bukan di peringkat sekolah sahaja,di koleh-kolej atau universiti juga boleh di praktikkan langkah ini. 

          Tuntasnya,rakat Malaysia seharusnya bekerjasama dalam membudayakan amalan berjimat-cermat ini supaya dapat dikekalkan pada masa-masa akan datang.

                                                                                                      (257 patah perkataan)                             

Comments

Popular posts from this blog

SPM - KERTAS 1 BM BAHAGIAN A (contoh karangan)