Jodoh? Putus asa?
Apa tu putus asa? Betul ka dalam diri kau ni sebenarnya kau dah putus asa? Atau sebenarnya kau dah letih kenal dengan macam-macam jenis orang? Atau sebenarnya kau nak kenal hati budi? Tapi nanti kalau kau dah letak harapan kat dia mcm mana? Lagi parah,kau sendiri yg dah buat dia berharap kat kau?
Rezeki,jodoh dan lain2 ni semua dah ditetapkan oleh Allaah tau. So kenapa kita nak sedih? Tarik nafas,sabar & cuba relax.Ya laa... faham. Dunia ni dah kenalkan kita dengan mcm2 org kan? Sampai kita jadi keliru apa depa nak sebenarnya? Haha.
Ada yg dtg untuk serius tapi lambat pula dia nak ambil masa. Padahal kita cari yg ready to settle down kan?
Ada yg mai tapi timbul tenggelam. Sat ada sat takdak.
Ada pula yg mai tapi taktau la dia ni serius ka dak. Adakah dia kenai kita sekadar nak jadikan kita ni tempat untuk lupakan kenangan silam dgn bekas-bekas dia dulu? Ahh aku stress haha.
Satu masa tu,ada juga terlintas dlm otak aku. Aku rasa mcm aku dah buat silap ni. Apa tujuan kita kahwin sebenarnya? Kerana nafsu ka? Kerana Allaah ka? Byk benda yg terlintas.
Then aku terfikir? Kalaulah kita ni dpt yg mmg kita nak sekalipun,keturunan...rupa dia...dll,kita boleh ka betul2 tahan dgn sikap dia? Sbb setiap org ada kekurangan masing2 kan? Kecualilah nabi Muhammad. &&& pasangan kita tu pula, boleh ka tahan dgn kekurangan kita? Sampai tua pula tu? (Kalau sempatlah) Lepas dah kahwin,fikir pula fasal anak,ekonomi rumah tangga lagi. Mcm2 lah.
Tapi,kita kena igt satu ja.
Yg terpentingnya sekarang adalah redha Dia. Kalau kita ada segala-galanya dlm dunia ni pun,tapi tak dpt redha Dia,we are nothing. Kita cuba bayangkan lah kalau kita dpt segala benda dlm dunia ni sekalipun mcm firaun,namrud,kita bahagia ka dkt akhirat? Akhirnya mereka semua tu ke mana?
Kesimpulannya,jagalah Allaah,Allaah akan jaga dunia kita. Malah,dunia akn dtg pd kita insya-Allaah. Kita jgn sedih2 okehhh. Bye! *maafkan segala slh & silap writing ni hikhik.
Comments
Post a Comment