Cara mewujudkan situasi kejiranan yang harmoni. ~karangan jenis pendapat~ Jiran merupakan orang yang menetap di kawasan rumah kita, Oleh sebab itu,dalam kehidupan seharian,kita seharusnya berbaik-baik sesama jiran. Malangnya,masyarakat pada zaman kini sering mengalpakan sikap yang baik seperti ini. Hal ini sering dikaitkan dengan masyarakat yang tinggal di bandar. Mereka acap kali memberi alasan kesibukan kerja sehingga menyebabkan mereka keletihan dan tidak mempunyai banyak masa yang terluang untuk bertegur sapa dengan jiran. Hari yang sibuk bermula pada hari Isnin hingga Jumaat merupakan hari bekerja kecuali Sabtu dan Ahad. Jadi,hari cuti itu digunakan sebaiknya untuk berehat sahaja di rumah. Maka dengan itu,terdapat pelbagai cara bagi mewujudkan suasana kejiranan yang harmoni. Antara cara yang boleh dipraktikkan untuk mewujudkan situasi kejiranan yang harmoni ialah berkongsi kereta. Apabila jiran-jiran melakukan cara ini,maka sedikit sebanyak d