Posts

Jodoh? Putus asa?

Apa tu putus asa? Betul ka dalam diri kau ni sebenarnya kau dah putus asa? Atau sebenarnya kau dah letih kenal dengan macam-macam jenis orang? Atau sebenarnya kau nak kenal hati budi? Tapi nanti kalau kau dah letak harapan kat dia mcm mana? Lagi parah,kau sendiri yg dah buat dia berharap kat kau?  Rezeki,jodoh dan lain2 ni semua dah ditetapkan oleh Allaah tau. So kenapa kita nak sedih? Tarik nafas,sabar & cuba relax.Ya laa... faham. Dunia ni dah kenalkan kita dengan mcm2 org kan? Sampai kita jadi keliru apa depa nak sebenarnya? Haha.  Ada yg dtg untuk serius tapi lambat pula dia nak ambil masa. Padahal kita cari yg ready to settle down kan?  Ada yg mai tapi timbul tenggelam. Sat ada sat takdak. Ada pula yg mai tapi taktau la dia ni serius ka dak. Adakah dia kenai kita sekadar nak jadikan kita ni tempat untuk lupakan kenangan silam dgn bekas-bekas dia dulu? Ahh aku stress haha. Satu masa tu,ada juga terlintas dlm otak aku. Aku rasa mcm aku dah buat silap ni. Apa tujuan kita kahwin s

SPM - BM (tips/nota)

1) Rumusan  (Kertas 2 - Bahagian A) *Perkataan seerti yang perlu kau orang tukar dalam perenggan yang pertama. Yang ni mesti tukar kalau nak markah. *Yang perenggan akhir bahagian kesimpulan,jangan panjang sangat. Dulu,cikgu aku kata,hanya ada satu noktah je dalam perenggan kesimpulan. *Actually,dalam rumusan ni,selagi boleh pendek,kau pendekkan je. Kau baca tajuk pun dah tahu, RUMUSAN. •peranan/sumbangan/fungsi/tugas/tanggungjawab dll perkataan yang sesuai • langkah-langkah/cara-cara/kaedah-kaedah/usaha-usaha/tindakan-tindakan/pendekatan-pendekatan/strategi-strategi/teknik-teknik dll perkataan yang  sesuai •keistimewaan/kepentingan/kelebihan/faedah/manfaat/kebaikan dll perkataan yang  sesuai ((ok yang ni je nota yang ada dalam simpanan aku sebab banyak nota aku dah bagi kat orang hehehe. Kalau nak lebih,kau orang boleh cari dalam internet tau atau mungkin cikgu2 kau orang ada sediakan)) 2) Karangan (Kertas 1) Haa,untuk kertas 1,kau orang mesti bagi perhatian yang cukup

SPM - KERTAS 1 BM BAHAGIAN A (contoh karangan)

Image
Ciri - ciri sekolah selamat Di bawah menunjukkan sebahagian daripda ciri - ciri sekolah selamat. Huraikan pendapat anda tetang ciri - ciri sekolah selamat.  khidmat pengawal keselamatan alat pemadam api papan tanda amaran  

SPM - KERTAS 1 BM BAHAGIAN B (contoh karangan)

Image
Peranan belia membangunkan negara. Soalan contoh - b/teks ting. 4 m/s 23 Sebagai seorang remaja, anda juga merupakan seorang belia yang mempunyai peranan yang penting untuk membangunkan negara kita. Ulas pernyataan tersebut.

SPM - KERTAS 1 BM BAHAGIAN A (contoh karangan)

Cara mewujudkan situasi kejiranan yang harmoni. ~karangan jenis pendapat~                 Jiran merupakan orang yang menetap di kawasan rumah kita, Oleh sebab itu,dalam kehidupan seharian,kita seharusnya berbaik-baik sesama jiran. Malangnya,masyarakat pada zaman kini sering mengalpakan sikap yang baik seperti ini. Hal ini sering dikaitkan dengan masyarakat yang tinggal di bandar. Mereka acap kali memberi alasan kesibukan kerja sehingga menyebabkan mereka keletihan dan tidak mempunyai banyak masa yang terluang untuk bertegur sapa dengan jiran. Hari yang sibuk bermula pada hari Isnin hingga Jumaat merupakan hari bekerja kecuali Sabtu dan Ahad. Jadi,hari cuti itu digunakan sebaiknya untuk berehat sahaja di rumah. Maka dengan itu,terdapat pelbagai cara bagi mewujudkan suasana kejiranan yang harmoni.                Antara cara yang boleh dipraktikkan untuk mewujudkan situasi kejiranan yang harmoni ialah berkongsi kereta. Apabila jiran-jiran melakukan cara ini,maka sedikit sebanyak d

PT3 - BM Bahagian C (contoh karangan)

Berjimat-cermat merupakan amalan murni yang harus dibudayakan dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Arahan: Bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk berjimat-cermat.           Pada era moden ini,amalan berjimat-cermat di Malaysia semakin pudar. Rakyat Malaysia kini lebih gemar untuk membeli apa-apa sahaja barang secara sesuka hati. Jadi,terdapat pelbagai langkah bagi membudayakan amalan berjimat-cermat ini.           Salah satu langkah yang boleh diketengahkan oleh pihak kerajaan sendiri adalah dengan mengadakan ceramah atau kempen mengenai "Kebaikan Berjimat-Cermat ". Ceramah tersebut bolehlah diadakan di pusat-pusat beli-belah atau di kawasan perumahan. Apabila langkah sebegini dijalankan oleh pihak-pihak tertentu bagi mengajak rakyat Malaysia membudayakan sikap berjimat-cermat,mereka yang masih belum membuka mata mengenai kebaikan atau kelebihan berjimat-cermat akan sedar mengenainya. Pihak kerajaan juga haruslah kompeten dalam mengadakan kegiatan i